Makaroni Bakar

Recipe: Makaroni Bakar

Bahan – Bahan

  • 2 cawan makaroni (Direbus sampai lembut)
  • 1 sudu lada hitam*
  • 1/2 inci halia*
  • Semua bahan bertanda * di tumbuk
  • 500 gm daging kisar(cincang)
  • 3 sudu rempah kari
  • 5 biji bawang merah*
  • 3 biji bawang putih*
  • Sedikit minyak jagung dan sedikit mentega utk menumis
  • 1 tin susu cair ideal+1 tin air
  • sedikit daun bawang/sup
  • sedikit bawang goreng
  • 4biji telur – dipukul
  • Garam secukupnya
  • Sedikit parutan mozarella/cheddar cheese

Cara Penyediaan

  1. Tumis bahan yang ditumbuk tadi bersama rempah hingga naik bau.
  2. Masukkan daging kisar/cincang dan goreng hingga masak dan perasakan dgn garam.
  3. Masukkan susu cair , air dan bawang goreng kemudian dimasak sekejap.
  4. Makaroni yang dah direbus ditoskan kemudian masukkan dalam bekas yang bersih.
  5. Masukkan bahan daging yang dah masak tadi ke dalam bekas bersama makaroni n gaul rata.
  6. Boleh tambah cheeddar cheeseyg dah diparut sekali.
  7. Masukkan dalam dulang/loyang pembakar , tuangkan telur diatas macaroni , tabur mozerella dan baki cheese kalau suka.
  8. Taburkan daun sup/bawang n bawang goreng.
  9. Bakar selama 40 minit dgn suhu 170 darjah celcius atau hingga masak.
  10. PS..Boleh tambah lada bangla,cendawan dan tomato yang dipotong dadu.

My rating 5 Bintang:  ★★★★★ 1 review(s)

Copyright © Do not copy.

Jom Share Resepi NiShare on Facebook
Tweet about this on TwitterEmail this to someoneShare on Google+