Ayam Bakar Bawang Putih Dan Ketumbar

Ayam Bakar Bawang Putih Dan Ketumbar

Bahan-Bahan:
4 ketul daging dada atau paha ayam, dibuang tulang
2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
1 sudu besar cilantro (daun ketumbar), dicincang halus
2 sudu besar minyak masak 2 sudu besar kicap
2 sudu besar cuka putih (white vinegar)
1 sudu kecil sos worchestershire
½ biji limau nipis, diperah jusnya
¼ cawan sos buah plum
1 sudu kecil bahan perasa Tex-Mex

Cara:
Daging ayam dibersihkan kemudian dituskan. Campurkan minyak, kicap, sos Worchestershire, juslimau, sos plum dan bawang putih dalam mangkuk kecil. Kacau hingga rata dan ketepikan. Dalam mangkuk yang berasingan, satukan bahan perasa Tex-Mex, cilantro dan cuka putih. Kacau hingga rata dan ketepikan. Lumur hingga rata campuran sos dan bahan perasa Tex-Mex pada daging ayam kemudian perap selama dua jam dalam peti sejuk. Aturkan daging ayam di atas dulang pembakar yang telah disapu minyak kemudian bakar hingga masak.

Jom Share Resepi NiShare on Facebook
Tweet about this on TwitterEmail this to someoneShare on Google+