Sup Ekor Lemak

resepi sup ekor sedap

Sebut saja sup, anda mungkin boleh bayangkan betapa berselera untuk anda menjamu selera. Bermacam-macam jenis resepi sup terdapat di negara kita. Sup daging, sup ayam,sup tulang,sup gear box dan juga sup ekor. Selamat mencuba resepi sup ekor ikhlas dari resepi.org

Recipe: Sup Ekor Lemak

Summary: Resepi dari Chef Joha Hassan

Bahan – Bahan

  • 1kg ekor segar
  • 600gm isi daging. (Di rebus dalam periok dengan rempah kayu manis (2). bunga lawang(2), buah pelaga(5) dan bunga cengkih (4) halia & bawang putih. Titikan saja halia dan bawang putih itu. Letakan daun pandan yang di ikat (3 ikat), garam secukup rasa selama 1.5 jam.
  • 1 inch halia dikisar
  • 4 ulas bawang putih dikisar
  • 1 labu bawang besar dikisar
  • 1 cawan bawang merah goreng dikisar
  • 1 biji buah tomato di hiris enam
  • 1 sudu teh kunyit,
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar,
  • Garam cukup rasa
  • 2 batang lobak merah potong bulat atau serong
  • 3 biji ubi kentang potong dadu kechil.
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam kisar
  • 2 tangkai daun sop. Di hiris halus.
  • 3 sudu besar tairu (yoghurt biasa)
  • 2 sudu besar mentega untuk menumis (cairkan mentega nya)

Cara Penyediaan

  1. Panaskan mentega, api yang serdehana. Goreng barang2 yang di kisar dengan serbuk rempah dan daun pandan. Bila baunya bangkit. Masukan. Masukan air stok daging rebusan – 6 cawan untuk kuah nya. Masukan ubi kentang dan lobak merah. Kemudian bila ia mendidih masukan ekor dan isi daging yang sudah di rebus empuk. Ambil 6 cawan air stok rebusan ekor. Tapis stok nya sebelum itu. Garam secukup rasa. Letakan tairu 3 sudu besar dan gaulkan pada semua ketulan ekor dan isi daging nya. Rebus lagi selama 10/15 mins. Biarkan is masak kemudian masukan buah tomato hiris. Taburkan ke dalam sup nya, daun sop & bawang goreng bila ia mendidih lagi, kacau kuah nya. Siapkan roti peranchis potong dadu2 kecil, boleh di panaskan di dalam oven atau toaster dahulu untuk panaskan nya.
  2. Boleh di makan sebagai sop bersama cili kicap, nasi putih atau letakan macaroni / bee hoon. Taburkan bawang goreng sedikit dan daun sop sebagai khiasan. Cicah dengan kicap manis dengan jus perahan limau kasturi. Selamat mencuba.

My rating 5 Bintang:  ★★★★★ 1 review(s)

Copyright © Do not copy.

Jom Share Resepi NiShare on Facebook
Tweet about this on TwitterEmail this to someoneShare on Google+