Daging Masak Kicap dengan Lada Hitam

Resepi Daging Masak Kicap Lada Hitam : Senang dan sedap, sesuai bagi ibu/isteri yang berkerjaya.

Ditulis oleh : Che’ Nom

Masa:
Penyediaan: 15 | Memasak: 15 | Keseluruhan: 30 minutes

Jumlah Hidangan : 3
Bahan-Bahan:

-500g daging (bahagian batang pinang)
-4 ulas bawang putih
-2 sudu besar sos tiram
-Kicap manis
-1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk kasar)
-2 tangkai cili merah (potong kasar)
-Bawang besar holland
-2 sudu kecil tepung jagung

Cara Penyediaan:

1) Panaskan 2 senduk minyak, goreng daging selama 3-4 minit. Angkat dan asingkan.
2) Kurangkan sedikit minyak tadi kepada angggaran 1/2 senduk minyak, tumis bawang putih dan masukkan lada hitam.
3) Masukkan kicap dan serbuk lada hitam, kacau sebentar dam masukkan daging. Masak menggunakan api besar dan kerapkan mengacau bahan dalam kuali.
4) Kemuduan tambah bancuhan tepung jagung dan bawang besar. Apabila kuah menjadi pekat padam api dan hidangkan. Hiaskan dengan taburan daun bwg.

Tips:

Untuk mendapatkan daging yang lembut pastikan ianya tidak di masak terlalu lama di atas api yang besar.

Jom Share Resepi NiShare on Facebook
Tweet about this on TwitterEmail this to someoneShare on Google+