Ayam Percik

Masa:
Penyediaan: 20 minit | Memasak: 30 minit | Keseluruhan: 50 minit

Jumlah Hidangan : 4

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam, dipotong 4

Bahan untuk kisar halus (perapan):

6 ulas bawang merah
1 batang serai
4 ulas bawang putih
1 sudu kecil garam
2 cm halia

Bahan untuk kuah percik:

3 cawan santan pekat
1 batang serai
2 cm halia
4-5 tangkai cili kering
8-10 ulas bawang merah
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit asam jawa

Cara Membuat:

Cara-cara untuk ayam:

  1. Perap ayam yang sudah dibersihkan dengan bahan kisar halus selama minimum 1 jam setengah. Lagi lama diperap lagi sedap.
  2. Celup ayam di dalam kuah percik dan panggang sehingga masak.
  3. Celupkan dengan kuah lagi sekali sebelum dihidang.

Cara- cara untuk kuah:

  1. Kisar serai, halia, cili kering dan bawang merah.
  2. Campurkan bersama santan di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana.
  3. Teruskan mengacau supaya kuah tidak cepat berketul dan pecah minyak.
  4. Perasakan dengan asam jawa garam dan gula.
  5. Masak sehingga kuah menjadi pekat.

Tips
Kuah lagi sedap jika rasa sedikit manis. Lebihkan gula di dalam kuah percik.

Jom Share Resepi NiShare on Facebook
Tweet about this on TwitterEmail this to someoneShare on Google+