Homemade Bebola Daging Special

Ada tak kat sini yang suka bebola daging…Specialnya, anda boleh buat sendiri di rumah. Ni resepinya…

Bahan-bahan

*Daging – 1/2kg (dikisar)
*Bawang besar – 1 biji (dipotong dadu)
*Bawang putih – 3 ulas (dipotong dadu)
*Tepung jagung – 1 sudu makan
*Tepung gandum – 2 sudu makan
*Telur – 1 bijik
*Lada putih/lada hitam – 1 sudu teh
*Cili api – 3 bijik (potong halus)
*Gula dan garam – ikut cita rasa
*Daun sup -cincang

Cara-cara
Daging lembu dikisar sampai lembut.. -Daging yang sudah dikisar tadi letak kan dalam bekas yang besar supaya senang untuk anda gaul. -Bawang besar,bawang putih,daun sup,lada putih,garam, gula dan cili, yang tidak suka pedas tak yah letak yang suka pedas boleh tambah lagi cili,saya tidak suka pedas sanggat itu yang letak ciput je hehehe.. smile emoticon

Ok dah letak tu jangan lupa gaul tau sampai sebati baru letak telur,telur itu jangan lupa dipukul dulu kacau lagi sampai sebati. -Daging yang sudah sebati baru letak tepung jagung dan tepung gandum bagi pengikat gitu, tidak pun supaya daging tidak terlalu lembek,kalu lembik jangan lupa tambah kan tepung lagi bagi daging kental. -Rehatkan daging yang di gaul tadi selama 30minit didalam peti ais,lepas itu bolehlah digoreng.. -Nak goreng macam itu pun boleh,kalau nak goreng dengan tepung rangup pun boleh ikut cita rasa masing-masing -Sebelum goreng jangan lupa bulat-bulat kan nak besar atau kecik –

Selamat mencuba ( credit to resepi ummi)

Jom Share Resepi NiShare on Facebook
Tweet about this on TwitterEmail this to someoneShare on Google+