Sotong Masak Kicap Mudah

Resepi sotong masak kicap yang mudah disediakan dan cepat

Bahan-bahan:

500++ gram sotong – siang dan buang pundi2 hitamnya
1 biji bawang besar – hiris bulat
3 biji cili merah – hiris serong
2 biji cili hijau – hiris serong
Sedikit air asam jawa
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
1/2 sk serbuk cukup rasa Knorr
Kicap masin secukupnya
Gula secukup rasa

Cara:

1. Gaul sotong bersama sedikit garam, serbuk cukup rasa Knorr dan serbuk kunyit secara merata.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis sotong tadi.
3. Tutup kuali dan biarkan air sotong kering. Hati-hati jangan sampai kering hangus pula.
4. Bila air sotong sudah kering, masukkan air asam jawa. Kacau sebati, diikuti gula dan kicap masin secukupnya. Kacau sebati.
5. Masukkan hirisan lada hijau dan lada merah dan bawang besar (kalau guna bawang holland lagi nyaman). Kacau lagi.
6. Perlahankan api, tutup semula kuali dan bila lada dan bawang mula layu barulah boleh dihidangkan

Jom Share Resepi NiShare on Facebook
Tweet about this on TwitterEmail this to someoneShare on Google+