Mee Goreng Mamak

Bahan-bahan :

  • 1 Bungkus mee kuning
  • 200g isi ayam (dipotong dadu)
  • 200g sotong (dipotong)
  • Sedikit kobis
  • Sedikit taugeh
  • Sedikit tauhu goreng (di potong nipis)
  • Sedikit sawi (dipotong)
  • 2 biji telur (dibasuh)
  • Bahan-bahan : (Rencah)
  • 6 biji bawang besar (dikisar)
  • 1 labu bawang putih (dikisar)
  • 2 genggam lada kering (dikisar)
  • 1/2 cawan sos cili/tomato
  • 1/2 cawan kicap
  • 1/3 cawan minyak masak
  • 4 sudu besar gula
  • 2 stok kiub ayam
  • Sedikit garam
  • Segenggam udang kering (dikisar)

Cara-cara Penyediaan :

1) kisar bahan sehingga hancur bersama-sama sedikit air.
2) Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan yang dikisar tadi. Tumis sehingga kering dan pecah minyak. Masukkan gula, kicap,sos cili/tomato dan kiub ayam. Tumis lagi sehingga agak pekat dan sambal menjadi agak gelap.
3) Tutup kuali dengan penutup sebab sambal mudah terpercik keluar. Buka api dapur sederhana sahaja. Sambal ni masaknya agak lama. Lagi lama lagi sedap tetapi kena kacau sentiasa sebab takut hangus di bawah.
4) Panaskan kuali dan masukkan 3 sudu minyak masak.
Masukkan 2 senduk pes mee goreng tadi. Masukkan sotong, ayam dan kacau sehingga masak. Masukkan sayur kobis, dan sawi dan garam
5) Masukkan mee kuning dan kacau semua dan buat lubang ditengah kuali untuk pecahkan telur. Biarkan sebentar kacau telur separa masak bersama mee kuning itu tadi.
6) Masukkan taugeh dan gaul sebati beberapa minit.
7) Boleh dihidang

Jom Share Resepi NiShare on Facebook
Tweet about this on TwitterEmail this to someoneShare on Google+