Resepi Roti Jala

Resepi roti jala mudah, sesuai di makan bersama kari ayam atau ikan. Roti jala adalah makanan tradisi melayu dan sering menjadi juadah berbuka puasa di bulan Ramadhan ataupun semasa menyambut hari raya.

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur.
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 6 sudu mentega cair
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk kunyit

Cara Penyediaan:

  1. Bancuh tepung dengan susu, garam, mentega cair dan telur sehingga sebati dan tuangkan air . elakkan dari adunan menjadi berketul samada menggunkan blend atau menapis terlebih dahulu
  2. Panaskan kuali leper, disarankan menggunakan non stick pan untuk tidak melekat, dan letakkan sedikit minyak
  3. Kiraikan di atas kuali leper. Apabila roti kelihatan kekuningan dan agak garing, angkat dan gulungkan seperti di dalam gambar

Jom Share Resepi NiShare on Facebook
Tweet about this on TwitterEmail this to someoneShare on Google+