25 Minit Resepi Kentang Goreng Keju Dan Daging

Anda hanya perlukan masa lebih kurang 25 minit untuk memasak resepi kentang goreng keju dan daging ini. 10 minit digunakan untuk aktiviti menyediakan bahan-bahan seperti memotong dan mencincang. Selebihnya 15 minit digunakan untuk memasak resepi kentang goreng keju dan daging ini.

Bahan-bahan:
2 biji kentang – dipotong wedges
1 mangkuk daging cencang
1 mangkuk keju cheddar – diparut
1 cawan minyak masak

Cara-cara membuat:
1.Panaskan minyak masak di dalam kuali.Kemudian , gorengkan kentang tersebut sehingga warnanya kekuningan.
2.Angkat dan toskan.
3.Tinggalkan 2 sudu makan minyak masak kemudian gorengkan daging tadi sehingga ianya masak.
4.Masukkan kentang yang sudah digoreng tadi ke dalam pekas tahan panas.
5.Kemudian taburkan keju cheddar dan daging cencang di atas kentang tadi.
6.Akhir sekali , panaskan bahan tadi di dalam microwave selama 3 minit dan sedia untuk dihidangkan.

Nota : Bahan yang digunakan di bawah adalah untuk 4 orang.

Resepi Kentang Goreng Keju Dan Daging akan menjadi lebih sempurna jika kentang digoreng terlebih dahulu tersebut terlebih dahulu dengan tepung sebelum membakarnya.Selain itu , anda tidak boleh biarkan ianya panas lebih daripada 3 minit kerana takut ianya terlalu kering dan kurang sedap.Disamping itu , apabila hidangan ini siap , anda boleh hiaskannya bersama daun pudina dan bolehlah dihidangkan bersama ice lemon tea & sebagainya.

Jom Share Resepi NiShare on Facebook
Tweet about this on TwitterEmail this to someoneShare on Google+