Resepi Blueberry Cheese Cake Mudah

Resepi Blueberry Cheese Cake Mudah? Semua pasti sukakan cheese cake kan.Anda boleh cuba resepi Resepi Blueberry Cheese Cake Mudah ini sendiri di rumah.Jangan lupa share kalau anda suka.

Bahan-bahan:
1 paket biskut marie – hancurkan
2 sudu besar mentega – cairkannya
250 gram krim cheese
1 sudu makan gula kastor
1 kotak kecil whipping cream
2 sudu makan gelatin
100 ml air suam
Bueberry filling

Cara-cara membuat:
1.Satukan biskut marie dan mentega didalam mangkuk besar kemudian gaulkannya sampai sebati.
2.Masukkan biskut kedalam loyang dan tekankkannya sehingga biskut tersebut menjadi padat.Selepas itu,Sejukkannya di dalam peti sejuk selama 30 minit sehingga 1 jam.
3.Putarkan cream cheese bersama gula kastor sampai ianya kembang.
4.Masukkan whipping cream dan pukulnya sehingga lembut dan sebati kemudian ketrepikan.
5.Bancuhkan gelatin bersama air suam dan masukkan gelatin ke dalam adunan cream cheese tadi kemudain kacaukan kesemua bahan sehingga rata.
6.Tuangkan adunan cream cheese ke atas lapisan biskut tadi dan sejukkan didalam peti sejuk selama 6 jam.Apabila dah keras,keluar dan hiaskan dengan blueberry filling.
7.Akhir sekali , selepas cukup 6 jam bolehlah dihidangkannya.

Jom Share Resepi NiShare on Facebook
Tweet about this on TwitterEmail this to someoneShare on Google+