Resepi Puding Kastard Berkuah Mudah

Berikut adalah cara-cara dan bahan yang digunakan untuk menyediakan resepi puding kastard berkuah yang mudah dan senang.Sila share jika anda suka resepi ini.

Bahan-Bahan

1 cawan tepung kastard
4 cawan air
3 sb gula pasir
1 cawan susu cair
10 gm serbuk agar-agar

Cara-Cara

1. mula-mula masak agar-agar bersama gula hingga mendidih dan larut kemudian tuangkan susu cair.

2. bancuh tepung kastard dan air selepas tu tapis dan tuangkan ke dalam adunan puding tadi kemudian kacau adunan hingga pekat.

3. bila sudah masak masukan ke dalam acuan kecil dan biarkan sejuk.

##untuk larutkan agar-agar, masukan dulu agar-agar ke dalam periuk kemudian masukan air dan kacau rata agar tidak berbentil

Kuah Kastard

Bahan-Bahan

1 tin susu cair
1 sb tepung kastard
1 sudu teh esen vanila
2 gelas air
4 sb gula pasir
secubit garam

Cara-Cara

1. masak susu bersama air dan gula hingga larut dan mendidih menggunakan api perlahan kemudian bila sudah mendidih bancuh tepung kastard dengan sedikit air dan tuangkan ke dalam kuah.

2. kemudian tambahkan esen vanila dan secubit garam dan biarkan hingga mendidih.

3. bila sudah masak angkat dan masukan ke dalam peti ais agar cepat sejuk.

Note : untuk cara menghidangkanya masukan kuah ke dalam mangkuk kemudian masukan ais dan letakan puding tadi. agar tampilan lebih cantik boleh juga tambahkan fruit cooktail.

bagaimana mudah kan resepi puidng kastard berkuah yang saya kongsikan dan sampai jumpa diresepi sedap berikutnya.

Jom Share Resepi NiShare on Facebook
Tweet about this on TwitterEmail this to someoneShare on Google+