Resepi Roti Kukus Kurma Bersantan

Resepi Roti Kukus Kurma Bersantan : Resepi ini memang sedap, mudah disediakan dan bahan-bahan yang anda perlukan untuk membuat resepi ini juga senang untuk didapati kerana ianya menggunakan bahan-bahan asas sahaja.Resepi roti kukus kurma bersantan ini termasuk dalam kategori dessert yang berkhasiat.

Bahan-bahan:

6 keping roti santan – Dipotong empat
2 cawan santan – Campur sedikit garam
Sedikit kurma – Dibuang biji dan dipotong
1 per 2 cawan gula

Cara-cara membuat:
1.Susun roti di dalam gelas dan ratakan bahagian bawah.
2.Curahkan kira-kira 2 sudu makan santan ke atas lapisan roti tadi.
3.Taburkan kurma dan gula di atas lapisan santan.
4.Ulang langkah 2 dan 3 sehingga habis.
5.Kukus di dalam pengukus selama 10 minit.
6.Sedia untuk dihidangkan.

Jom Share Resepi NiShare on Facebook
Tweet about this on TwitterEmail this to someoneShare on Google+