Resepi Roti Pizza yang Lembut

Bahan utama yang digunakan dalam resepi roti pizza yang lembut ini sudah semestinya roti. Masa yang diperlukan untuk menyiapkanya juga sangat berbaloi dengan hasil iaitu 40 minit termasuklah masa yang diperlukan untuk menyediakan bahan dan proses memasak.

resepi roti pizza dari roti sandwich
Resepi roti pizza

Bahan-bahan (Resepi Roti Pizza) :
8 keping roti sandwic
1 tin sos tomato puri
Keju cheddar – diparut
4 keping keju cheddar
5 ketul sosej – direbus
1 keping dada ayam – dipotong kecil
5 biji cendawan butang
1/2 biji capsicum kuning – dihiris

Cara-cara membuat Roti Pizza:
1.Rebuskan ayam seketika.
2.Susunkan roti diatas loyang dan renjiskan sedikit air supaya roti tersebut kekal lembut.Kemudian tekan-tekan roti dengan menggunakan tangan.
3.Sapukan tomato puri di atas kepingan roti tadi.
4.Letakkan lada benggala,cendawan butang,ayam dan sosej yang dipotong kecil kemudian letakkan kepingan keju dan parutan keju cheddar.
5.Akhir sekali,panaskan ketuhar dan bakarkan pada suhu 180 darjah selama 20 minit.

Nota : Resepi Piza Roti ini akan lagi sedap dan senang untuk dimasak jika anda kukuskan rotinya terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam loyang. Ini kerana,bagi memastikan roti tersebut kekal lembut.Selain itu , jangan bakar terlalu lama kerana takut rotinya hangus dan terbakar.

Save

Jom Share Resepi NiShare on Facebook
Tweet about this on TwitterEmail this to someoneShare on Google+