Resepi Asam Pedas Daging Tetel

Ada lebihan daging lembu berlemak daripada Hari Raya Korban tempoh hari? Boleh cuba resepi asam pedas daging tetel yang enak dan lazat! 🙂 Jom cuba. Masakan ini boleh dimakan bersama-sama dengan nasi putih. Pasti tambah berpinggan-pinggan!

Bahan:
1.5kg daging cincang potong kecil2
7 biji bawang merah*
3 biji bawang putih*
2 inci halia*
sedikit lengkuas*
sedikit belacan
7 batang serai diketuk..(maklong suka bau serai..)
1 cawan cili kisar
1 ikat daun kesum
4 helai daun limau purut
2 biji tomato dibelah 4
3 keping asam keping
garam & aji

Cara:
tumbuk bahan bertanda (*).. tumiskan hingga kekuningan..
masukkan serai.. cili kisar.. tumiskan lagi hingga naik minyak..
masukkan daging.. masak sekejap..
masukkan kedalam pressure cooker.. rebus selama 45 minit..
bila daging dah lembut.. masukkan garam dan aji secukup rasa..
asam keping.. daun kesum dan daun limau purut..
akhir sekali masukkan tomato..
tutup api dan sedia untuk dihidang.

Jom Share Resepi NiShare on Facebook
Tweet about this on TwitterEmail this to someoneShare on Google+