Resepi Cotton Extra Soft Japanese Cheesecake

Nak makan kek selembut sutera? Mengidam kek yang berunsurkan keju? Malah mencair dalam mulut bila memakannya? Boleh cuba resepi cotton extra soft japanese cheesecake yang sangat mudah lagi hebat! 🙂 selamat membaking.

Bahan A:
250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 sdb jus lemon
1/4 sdk garam
60g tepung kek/tepung superfine
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)

Bahan B:
140g gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
3/4 sdk jus lemon

Cara-cara
Cairkan cream cheese, butter dan susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu tadi. Kemudian, campurkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon ke dalam adunan cream cheese dan gaul hingga sebati.

Dalam bekas lain, pukul putih telur sampai berbuih buih (foamy). Lepas tu, tambahkan gula dan pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).

Campurkan adunan Bahan A tadi ke dalam adunan Bahan B yang dah gebu tu dan kacau sampai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bawahnya dan tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dalam tin kek.

Bakar kek pada suhu 160C dlm kira kira 1 jam, dengan cara bain-marie (waterbath).

Jom Share Resepi NiShare on Facebook
Tweet about this on TwitterEmail this to someoneShare on Google+