Resepi Kerabu Maggi Siam sebijik di Hatyai!

Malas nak ke Siam tapi teringin makan kerabu maggi? Jom buat sendiri di rumah dengan menggunakan bahan2 yang sedia ada di dapur. mudah. ringkas semudah 123! 😛

BAHAN-BAHAN (untuk 5-6 orang makan) :
1. 3 Plastik maggi siam perisa tomyam
2. 10 batang crabstik – kalau nak letak fresh crab, lagi dialu2kan. lebih segar. hihihi.
3. Carrot dihiris nipis dlm 1 biji
4. Sedikit kubis dihiris nipis ala2 kerabu
5.1 biji bawang besar
6. Sedikit daun sup dan daun bawang
7. 10 biji cili padi hijau ataupun merah

CARA-CARA PEMBUATANNYA :
1. Panaskan air dlm periuk untuk merebus maggi.
2. Masukkan 1 serbuk perasa ke dlm air rebusan.
3. Rebuskan maggi dan crabstik dengan air rebusan tersebut dan toskan.
4. Setelah siap masukkan ke dlm bekas dan campurkan ke semua bahan tersebut bersama dengan hirisan sayuran td. Crabstik pun dihiris2 juga selepas di rebus.
5. Ambil pula serbuk perasa dari 2 plastik yang tadi.
dan letakkan ke dlm bekas yg berasingan.
6. Air rebusan td jgn terus dibuang. Sebaliknya campurkan ke dlm mangkuk yg berisi serbum tadi dlm 7 sudu besar. Kalau rasa nk berkuah sikit boleh lebihkan.
7. Campurkan terus ke dlm mangkuk td dan gaul sebati.
8. Tak perlu tambah2 apa2 perasa sebab isnya dan cukup serasi dan sesuai. Asam limau pun kalau nk letak pun boleh diletak sedikit sahaja sebab dah masam. Kalau tak nk letak pun tak pe.
9. Tadaaaaa. Siap utk dihidangkan. Sedap sampai nak tambah berpinggan-pinggan.

Jom Share Resepi NiShare on Facebook
Tweet about this on TwitterEmail this to someoneShare on Google+