Resepi Pizza Crust dari Bunga Kobis

Jom cuba resepi pizza crust dari bunga kobis khas untuk orang yang mengamalkan diet Atkins.

Bahan-bahan Pizza Crust:-

1/2 cawan keju Parmesan diparut

1/2 cawan bunga kobis diparut dan dipanggang

2 sudu teh garam

1/4 sudu teh herba campuran

1 biji telur

1 ke 2 sudu besar tepung badam

Cara-cara:

Parut bunga kobis dan bakar pada suhu at 200*C selama 30-45 minit, taburkan garam, gaulkan sekali seklaa bagi mengelakkan hangit.

Satukan bunga kobis, parutan keju Parmesan and herba campuran. Masukkan sebiji telur dan tambahkan tepung badam bagi membentuk doh yang lembut.

Ratakan doh tadi membentuk pizza crust di atas kertas pembakar dan bakar selama 12-18 minit (pada suhu 190*C ).

Balikkan pizza crust selepas 10 minit.

Keluarkan dari oven dan sapukan sos tomato puri, taburkan hirisan tomato, bawang merah, daun selasih segar, cili besar dan keju parut. Bakar semula selama 10 minit.

Bahan-bahan sos :-

350 gram tomato puri

300 ml air rebusan daging

1/4 sudu teh serbuk stevia

¾ sudu teh oregano kering

2 biji bawang putih ditumbuk

1 biji bawang merah kecil ditumbuk

1 sudu teh serbuk lada hitam

1/2 sudu teh daun selasih kering

garam secukup rasa

1/2 biji air perahan lemon

1 sudu teh serbuk cili atau chili flakes

Cara-cara :-

Tumis bawang merah kecil dan bawang putih tumbuk sehingga naik bau. Masukkan tomato puri dan semua bahan yang lain. Kacau rata sehingga sos masak.

Jom Share Resepi NiShare on Facebook
Tweet about this on TwitterEmail this to someoneShare on Google+