Resepi Puding Trifle

Jom cuba resepi puding trifle yang hebat lagi menyamankan sebagai salah satu hidangan minuman petang anda! Tak cuba, anda rugi.

Bahan kastard:-
200 ml susu sejat IDEAL
100 ml air
2 kuning telur
2 camca besar penuh tepung kastard
4 camca besar gula atau secukup rasa
3/4 camca teh esen vanilla

Bahan jelly:-
1 peket serbuk jelly kristal

Bahan lain:-
Secukupnya kek swiss roll – potongkan
1 tin besar buah-buahan koktel, ditoskan, asing jusnya
Jus dari buahan koktel tadi

Cara membuat:-
A)  UNTUK KASTARD :- 
01.  Satukan semua bahan kastard kecuali esen vanilla, kacau rata dan masak dengan api sederhana sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan menjadi pekat.

02.  Masukkan esen vanilla, kacau rata dan ketepikan.

B)  UNTUK JELLY :-
01.   Sediakan jelly mengikut proses dibelakang kotaknya. Ketepikan dan biar sejuk sedikit.

C) UNTUK TRIFLE :-
01.  Sediakan bekas sesuai, potong kek swiss roll tadi dan susun serta padatkan.

02.  Basahkan bahagian atas kek swiss roll  tadi dengan jus buah koktel. Tabur 1/2 bahagian buah2an koktel tadi.

03.  Tuang kastard suam atasnya dan ratakan dengan spatula. Biar sejukk sekejap. Tabur baki buah2 tadi, rata.

04.  Dan akhir sekali, sendukkan jelly cair atasnya hingga memenuhi ruang seperti dalam gambar.  Taburkan lagi buah-buahan ke atasnya.

05.  Simpan dalam peti ais hingga jelly membeku.. sedap dihidangkan dingin…

Sumber: Blogger

Jom Share Resepi NiShare on Facebook
Tweet about this on TwitterEmail this to someoneShare on Google+