Resepi Risoles Indonesian Style

Mahukan minum petang yang hebat? Sila cuba resepi Risoles ala-ala Indonesia yang enak lagi rangup! Sesuai dimakan bersama seisi keluarga. 🙂

Bahan-bahan untuk inti Risoles :
5 biji ubi kentang, direbus empuk, dibuang kulit potong kotak
1 biji bawang besar, dicincang
2 biji bawang putih, dicincang 1 sb serbuk kari – jadikan pes dg campurkan dg air
5 tbs daging cincang – guna 3 kpg daging burger karot – 1/2 cawan karot potong kotak (nak mudah guna yg mix vegie punya)
Garam secukup rasa Sedikit minyak masak utk menumis
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu. Masukkan pes kari. Kacau seketika.
2. Masukkan daging dan karot. Masak sehingga air daging kering . Perasakan dengan sedikit garam.
3. Masukkan kentang. Gaul rata semua dan sehingga daging masak. tutup api.

Untuk Kulit /Dadar Risoles- dapat 25 kpg
2 cwn Tepung gandung
3cwn ~airboleh gantikan dengan santan @ susu cair
secubit garam
sebiji telur minyak utk mengoreng
Untuk salutan
1 biji telur
breadcrumb secukupnya
Cara-cara membuat :
masukkan semua bahan ke dalam blender,blend sehingga sebati.adunan jangan terlalu cair @ pekat.panaskan nonstik pan masukkan 1 senduk adunan buat dadar sehingga nipis,ulang sehingga habis ketepikan.
Ambil sehelai kulit @ dadarnya,masukkan inti gulung macam ketayap buat sehingga habis.Telur di pukul sebati,celupkan dadar yg telah siap di gulung tadi,golek ke dalam bread crumb .Panaskan minyak goreng keemasan. Sedia untuk digoreng!

Jom Share Resepi NiShare on Facebook
Tweet about this on TwitterEmail this to someoneShare on Google+