Resepi Nutella Brownies dalam Paper Cup

Gila kan nutella? Teringin makan brownies yang crunchy? Inilah menu terbaik yang menepati ciri-ciri berikut. Jom ikut buat! 😛
Bahan-bahannya tak banyak, hanya TIGA sahaja! Ajaib tak? Mari kita belajar cara-cara untuk buat Nutella Brownies semudah angin laluuuu. Hihihi.

Bahan-bahannya :
1. 1 biji telur
2. 1/2 cawan Nutella (lebih kurang 130g mcmtu)
3. 5 sudu besar tepung serbaguna (all-purpose flour)

Cara pembuatan yang ajaib :
1. Gaul telur dan nutella menggunakan stand mixer ataupn garfu.
2. Masukkan tepung serbaguna. Kacau hingga sebati.
3. Pastu letak dalam papercup. Satu adunan boleh dapat sampai 20biji. Kalo nak buat lebih, pandai2la gandakan
bahan-bahan di atas. Hehehe.
4. Bakar dalam oven dengan suhu 180C selama 15 minit. Jangan terlalu lama, nanti takut terlalu kering, tak sedap
pulak jadinya. Nak check sama ada adunan dah masak atau belum, cucuk dengan lidi. Kalo adunan tak melekat kat
lidi, maksudnya dah masak. Mudah kan? 🙂
5. Keluarkan dari oven dan biarkan ianya sejuk untuk 5 minit sebelum boleh ngap.

p/s : Boleh buat hiasan topping dengan sisa nutella yang masih ada dan juga boleh letakkan chocolate chip atau badam
sebagai hiasan.

Jom Share Resepi NiShare on Facebook
Tweet about this on TwitterEmail this to someoneShare on Google+